Tuesday 29 January 2013

Bunuhlah, Wahai Tuhan..

Allahumma...

Bunuhlah rasa ini
Bunuhlah nafsu ini
Bunuhlah ghairah ini
Bunuhlah ingatan ini

Bunuhlah apa sahaja yg membuatkan aku mengingati Qays..

Allahumma...

Hidupkanlah rasa ini
Hidupkanlah nafsu ini
Hidupkanlah ghairah ini
Hidupkanlah ingatan ini

Hidupkanlah apa sahaja yg membuatkan aku mengingati Qays...

Bunuh atau hidup, aku yg meminta
Bunuh atau hidup, Engkaulah yg memberinya

Engkau atas sangkaan hamba-Mu.
Berilah aku yg terbaik di dunia dan di akhirat.
Kerana ku letih dengan takdir-Mu.
Sekalipun pilihan adalah ditanganku.

Kasihanilah aku, Wahai Tuhanku.


Layla
Riverside,
Darul Ehsan.

Saturday 29 September 2012

Warkah Buat Qays #2

Assalamualaikum Qays...

Aku tersiksa wahai Qays.

Pertanyaanku tentang itu hanya jawapan kelu darimu. Apakah aku akan bertemu dengan mu di sana nanti wahai Qays? Adakah aku bisa memilihmu di sana nanti wahai Qays?

Jawapanmu bahawa tiada insan bujang yang menghuni syurga. Ya, aku tahu itu, Qays. Cuma aku mahu tahu jika aku mampu memilihmu.

Biarlah aku hingga hujung nyawa bersendirian tanpa ikatan. Hanya talimu yang mahu aku sambut. Tapi, adakah mustahil itu akan berpanjangan, wahai Qays?

Allahumma...tersayat hati yg kian menanti mati.


Layla
Tanah Rendah Sekebun Bunga,
Darul Naim.

Monday 24 September 2012

Warkah buat Qays #1

Qays,

Bila malam sunyi menjelang dan bulan mengambang, ingatan dan keinginanku terus-terusan melayang terhadapmu. Aku rindu tapi aku jadi sendu kerana engkau tahu apa yang berlaku antara kau dan aku. Pilu...

Bila siang menjengah dan mentari terang merah, hangat dan semilir bayu rasa menujah ghairah yang tiada kesudahan dan arah. Resah...

Qays,

Kerana Tuhan kita terpisah, kerana Tuhan juga kita pasrah.

Ahhh...berat dan susah. Namun payah itu indah jika sabar itu menjadi buah. Bukan sabar itu menjadi keluh-kesah yang tak sudah-sudah. Sabarlah...

Hmm..Allahumma, bantulah kami 2 jiwa yang menyandar rasa hanya pada Yang Esa.

Jika tidak lillahi ta'ala, sesungguhnya kami adalah orang-orang yg rugi kerana berdosa dengan-Mu, dalam menurut hawa nafsu.


Layla
Riverside,
Darul Ehsan.